Aliran pemikiran dogmatik terkekang dengan kerangka tertentu

Kena Hadam betul2 artikel ni ..

Pada ruangan lalu, kita berbicara betapa sains kini mula dikatakan menjadi kaku dengan beberapa andaian dan kaedah yang dikenakan keatasnya. Ini dapat dilihat apabila sains saling berinteraksi dengan persoalan yang datang dari luar pemikiran “materialist” atau yang berpaksi pada kebendaan ataupun yang bersifat sedemikian. Inilah dia yang dimaksudkan dengan aliran pemikiran dogmatik terkekang dengan kerangka tertentu sejak beberapa lama dan kini perlu dirungkaikan.

Sumber http://www.majalahsains.com/memerdekakan-sains/

Pemikiran Mekanis

Mereka yang terjebak dengan aliran ini dikenali sebagai “mekanis” (mechanist) kerana menolak sama sekali unsur-unsur yang bukan mekanikal dalam bentuk atau perlakuannya. Ambil saja sebuah jentera, ia mempunyai bahagian tertentu yang boleh difahami dan diterangkan secara mekanikal, termasuk proses-proses serta mekanimse yang jelas (boleh dilihat, diukur dan sebagainya). Seorang mekanis lebih cenderung berfikir sedemikian. Mereka juga percaya bahawa manusia boleh difahami seolah-olah sebuah “jentera” yang wujud kerana proses-proses biokimia secara “mekanikal” membolehkan ia berfungsi, ataupun dalam menjalani kehidupan.

‎Sebab itulah otak manusia sering dibanding dan diandaikan sebagai sebuah komputer walaupun pada hakikatnya otak atau akal manusia itu lebih hebat dari cantuman ribuan komputer kerana ada fungsi otak manusia yang tidak dapat difahami secara mekanis misalnya. Ada aspek-aspek lain yang juga tidak mampu diterangkan dari sudut biokimia semata-mata terutama sekali apabila berhadapan dengan konsep-konsep berasas kerohanian atau kesedaran (consciousness) yang tidak mendapat tempat dalam pembicaraan golongan ini.

Oleh itu apa yang dianggap sebagai hidup mungkin sangat berlainan dari kumpulan-kumpulan yang mengenali kewujudan “roh” serta “kesedaran” umpamanya. Sekaligus tanggapan tentang manusia dan peranannya turut berbeza. Dan ini dipanjangkan pula kepada makhluk bernyawa yang lain, termasuk alam sekitar malah alam semesta sekalipun. Mengikut fahaman materialisme saintifik, apa yang boleh diterima adalah seperti berikut:

NotaProf. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Felo Akademi Sains dan Sastera Sedunia (WAAS) serta mantan Naib Canselor USM (2000-2011). Beliau boleh dihubungi melalui emel: dzulrazak51@gmail.com

Comments

Popular Posts