PSP Cemerlang Rangkul 2 Anugerah HKIP UPM 2019 | PUTRA SCIENCE PARK



PSP Cemerlang Rangkul 2 Anugerah HKIP UPM 2019 | PUTRA SCIENCE PARK:

Ini adalah mengenai BERITA di PUTRA SCIENCE PARK UPM


PSP cemerlang merangkul  Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik (perkhidmatan) dan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM.
Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM merupakan sebahagian daripada aktiviti peningkatan inovasi yang menyumbang kepada pencapaian matlamat ke-5 dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 iaitu Mempertingkatkan Kualiti Tadbir Urus. Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan bahawa agenda transformasi Negara hendaklah berpaksikan inovasi dan kreativiti.
Tahniah PSP di atas kejayaan memenangi Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik (perkhidmatan) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM
yang merangkumi 17 kriteria pengursan web yang perlu dipenuhi yang selia oleh Asrizam Esam selaku webmaster dan staf di Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi dan juga Bahagian Pentadbiran PSP di atas kesungguhan mengemaskini web PSP sepanjang tahun 2019.

Comments

Popular Posts