Skip to main content

Posts

Featured

Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah

Sehingga kini, usaha global dalam mencapai pertanian lestari melalui produktiviti optima tanaman dan tanah menggunakan input minima yang membawa kepada peningkatan ketara dalam kehidupan sosio-ekonomi di kalangan petani dan negara masih menjadi cabaran yang memberangsangkan. Salah satu punca utama hasil tanaman dan pendapatan ekonomi yang rendah adalah disebabkan oleh kesihatan atau kualiti tanah yang kurang baik dan masalah ini sangat biasa di kawasan tropika dimana sebahagian daripada kualiti tanah yang rendah adalah berpunca daripada kandungan bahan organik yang rendah, keasidan tanah yang tinggi, serta ketumpatan toksik yang tinggi daripada aluminium, besi dan mangan. Keasidan tanah serta toksik daripada aluminium, besi, dan mangan khususnya, bukan sahaja merosakkan akar tanaman tetapi juga menghalang nutrien penting (contohnya, N, P, K) daripada diambil oleh tanaman.
Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah Penggalak Fotosintesis Sistem Penyampaian Nano Antikulat bagi Rawatan Penya…

Latest Posts

Artikel Sains -Diagnostik leptospirosis

Artikel Sains - Jambatan Sudah Roboh! Belum Roboh Belum Roboh!

Bingkisan citra penutup malam

Artikel Sains- ALAT- ROTI-KUPRUM