India Lancar Roket ke Marikh



Pada hari selasa lalu (5/11/2013) India telah berjaya melancarkan kapalangkasa menjalankan misi menjelajah planet Marikh. India bercita-cita besar menjadi negara Asia yang pertama menjejak Marikh dengan teknologi angkasa yang relatifnya jauh lebih murah dari segi kos.
Pelancaran roket seberat 350 tan tanpa angkasawan telah dijalankan oleh puluhan saintis yang bertungkus lumus menjayakan projek tersebut dengan inisiatif India yang memulakan projek penyelidikan angkasa lepas sejak tahun 1963.
Misi India ke Marikh kali ini adalah yang pertama kali dijalankan. Sebelum ini beberapa negara lain dari Asia seperti China (2011) dan Jepun (2003) meneruskan misi ke Marikh berakhir dengan kegagalan.
Selepas 44 minit dilancarkan, tepukan gemuruh bergema di bilik kawalan setelah kapal pemantau yang berada di Pasifik Selatan melaporkan bahawa roket yang membawa misi tersebut telah berjaya melepasi tahap pertama sebelum meneruskan perjalanan 300 hari menuju ke Planet Marikh. Roket tersebut dijangka akan tiba pada bulan September 2014
Menurut Ketua Penyelidik Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan beliau begitu gembira dan teruja melihat kapal angkasa India sudah berada di orbit bumi. Menurut beliau, kapalangkasa tersebut akan berada di orbit bumi selama hampir sebulan bagi mendapatkan halaju yang yang tepat sebelum memecut melepasi graviti bumi. Ketika itu, kapal angkasa akan memasuki tahap kedua dan ia akan menguji kemampuan dan keupayaan teknologi dan saintis India dalam menjayakan program tersebut.
lagi berita www.majalahsains.com/india-lancar-roket-ke-marikh-2/

Comments

Popular Posts