Pencakar Langit - Penghujung Dunia


TerFikir! - Kenapa dinyatakan antara petanda hampirnya dengan hujung dunia-kiamat - akan banyaklah dilihat bangunan PENCAKAR LANGIT!

Hari ni terlihat dalam National Geography - how Stuff Work - macamana sumber galian dari dalam perut bumi ini diambil oleh industri plumbum untuk memenuhi kehendak dan keperluan dunia moden.Sumber galian ciptaan Tuhan ini diambil menggunakan teknologi yang serba canggih. Plumbum dilombong dan menghasilkan banyak manfaat kepada manusia katanya..


Itu baru satu mineral.. besi, emas, aloi dan bermacam2 mineral dari perut bumi habis dikorek untuk memenuhi kehendak pembangunan manusia moden. Lagi banyak pembangunan dalam dunia, maka lagi banyaklah mineral yang digali. Bila menggali galian2 ini, bukan sahaja galian diambil, tapi habis semua bahan yang ada di dalam laluan untuk mendapatkannya, habis di bawa keluar dari perut bumi. Keadaan bumi jadi tak stabil.

Agaknya ini adalah antara punca penyebab, keadaan bumi yang bertambah tenat. Gelinciran tanah sana sini. Gempa bumi. Tsunami. Inilah tandanya penghujung dunia dah makin hampir dengan kita. Bila pembangunan makin rancak, gunung ganang ditarah. Perut bumi dikorek sana sini.

Untuk buat bangunan pencakar langit yang tinggi2, besi adalah unsur utama. Banyak bangunan tinggi, banyaklah besi yang nak diambil dari perut bumi. Atas permukaan kerak bumi makin berat tapi bawah tanah dah makin kosong sebab dok dikorek sana-sini. TerFikir! Bumi jadi lagi tak stabil.

Kalau buat bangunan yang rendah, batu konkrit masih boleh digunapakai sebagai bahan utama. Tapi itu pun nak kena korek batu kapur pulak tapi taklah perlu kebergantungan langsung dengan besi. Tambah lagi, besi adalah industri yang banyak sangat menggunakan air. Bukan sahaja besi yang habis, air pun dia yang habiskan. Masak, macam ni.

Rasanya, di Malaysia ni patutnya, kita tak patut buat banyak bangunan pencakar langit. Lihat Kelantan, memang dasarnya tidak menumpukan dasar kemajuan infrastruktur sahaja. Rasanya ini yang patut diikuti. Bukanlah niat nak menolak pembngunan dan memanjangkan lagi umur dunia. tapi untuk tidak menzalimi dunia yang terkesamping kepada manusia juga. Harap2 kat Selangor ni janganlah banyak ditambah bangunan pencakar langit lagi. Bahaya. Janganlah ada kejadian seperti rumah tahfiz di Hulu Selangor baru -baru ini. Itu salah satu contoh tu.

Sekarang ini, US, Jepun dan banyak negara maju lain yang hebat kemajuannya, Bangunan pencakar langitnya, tapi diduga dengan bencana alam, gempa bumi, ribut taufan, tsunami dan sebagainya. Inilah munking kesan pembangunan melebihi hadnya. Biasanya bangunan tinggi ini, lebih keuntungan pada Si kaya, tapi kurang memberi manfaat pada golongan miskin dan pertengahan, macam saya.

Rasa TerFikir lagi...
Harap2 pemerintah pun sedar hal ini, tidak dikejar bangunan tinggi, tidak dikejar permodenan melebihi, dan ingat petanda hari kiamat ini. Dan jangan;ah pulak kita nak bangga sebab kita ada bangunan yang tinggi. Sebab ini akan menambahkan lagi statistik untuk mempercepatkan hari akhir dunia nanti.

Nak berbangunan tinggi, biarlah berpada, supaya tak rosak apa yang sedia ada. Janganlah berlebih had batasnya. Jangan dikejar pambangunan moden yang menggila. Jangan majukan kemewahan dunia selamanya, tanpa memikir nasib dunia. Dunia nikan cuma sementara. Jika berbuat sesuatu itu, janganlah berlebihan. Waima, makan nasi sekalipun hukumnya boleh jadi berdosa bila makan dengan sangat berlebihan.

Sedar tak kita.ntah..ini sekadar terFikir!


http://tefikir.blogspot.my/googlea30380c0cce1993d.html
google-site-verification: google9a3f0ee78c2816e1.html

Gambar :artslibrary.wordpress.com




Comments

Popular Posts